2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

MASJID RAJA ISKANDAR SIAP SEPENUHNYA

2 Nov 2021: Alhamdulillah Masjid Raja Iskandar yang dinamakan sempena bekas pengasas Serantau Muslim telah siap pembinaannya.

Masjid yang terletak di Kg Watang Tambunan, Sabah itu telah sempurna pembinaan dan bakal dihujani jemaah selepas majlis perasmian nanti.

Ketika ini, hanya kerja-kerja pembersihan di kawasan sekeliling bangunan masjid sedang dilakukan.

Buat makluman, tarikh cadangan untuk majlis perasmian masjid berkenaan adalah pada Disember 2021 atau Januari 2022.

Hal ini kerana pasukan terlibat perlu akur dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pada hujung tahun.

Dalam pada itu juga, Serantau Muslim mengharapkan doa-doa daripada semua agar kesemua urusan yang dihajati ini dapat dilaksanakan sebaiknya. Insha-Allah.

Bagi yang ingin yang mengetahui maklumat lanjut Serantau Muslim, sila layari www.serantaumuslim.org.my.