2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM SERAH BAKUL MAKANAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

29 Okt 2021: Wakil Serantau Muslim telah menyerahkan sebanyak 15 buah bakul makanan kepada ibu tunggal dan asnaf di Kampung Kelawar Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Penyerahan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Mohamad Fais bin Jamil selaku Pengerusi Bulan Sabit Merah Daerah Muallim, Perak.

Dalam aktiviti penyerahan tersebut, segala prosedur kesihatan telah dipraktikkan seperti pemakaian topeng muka dan sebagainya.

Diharapkan kesemua penerima bantuan dapat memanfaatkan pemberian orang ramai itu sebaiknya.

Semoga semua masyarakat kita dalam lindungan Allah SWT dan dijauhi dari wabak yang tidak diingini. Aamiin