2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-07-10 at 11.13.45 AM
Info Semasa

Lapan maut serangan bom kereta di Syria

BEIRUT: Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk tiga kanak-kanak maut dalam dua kejadian pengeboman berasingan membabitkan kenderaan yang dipasang bom di utara Syria semalam, kata seorang pemantau perang.

Satu letupan melanda sebuah kedai membaiki kereta di Shawa, sebuah kampung berhampiran sempadan Turkiye yang dikuasai pejuang pro-Ankara, lapor Berita Harian.

Lima orang awam termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dan 10 yang lain cedera, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.

Kawasan yang dikawal oleh Turkiye dan proksi Syria di utara Syria adalah tempat kejadian pembunuhan, pengeboman dan pertempuran yang disasarkan antara kumpulan bersenjata.

Dalam kejadian kedua, bahan letupan yang dipasang di dalam kenderaan membunuh tiga pejuang yang bergabung dengan Pasukan Demokratik Syria (SDF) pimpinan Kurdish di bandar Manbij, menurut Observatory.

Manbij adalah bekas kubu kuat kumpulan Negara Islam yang kini dipegang oleh majlis tentera yang bergabung dengan SDF yang disokong Amerika Syarikat (AS).

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap pengeboman itu.

Perang Syria meletus pada 2011 dengan penindasan kejam terhadap protes antikerajaan.

Sejak itu ia telah berkembang menjadi konflik kompleks yang membabitkan pejuang jihad dan kuasa asing, dan telah membunuh lebih setengah juta orang dan menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal.