2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-07-06 at 11.23.13 AM
Info Semasa

Israel tamatkan serbuan di Jenin, serang Gaza pula

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mengisytiharkan sudah berundur dari Jenin selepas menamat operasi ketenteraan terbesar di Tebing Barat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak.                                                                                         

Menurut Utusan, tentera Israel mula melancarkan serbuan kejam ke atas kem pelarian Jenin sejak Isnin lalu di bawah arahan kerajaan sayap kanan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Serbuan itu melibatkan ratusan anggota tentera, puluhan serangan dron dan kenderaan berperisai yang turut memusnahkan rumah-rumah penduduk Palestin serta jalan-jalan di sekitar Tebing Barat.

Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pihaknya membantu memindahkan 3,000 orang dari kem di Jenin selepas tentera Israel bertindak merosakkan kabel bekalan elektrik dan saluran air bersih yang digunakan penduduk, lapor berita tersebut lagi.

Serbuan terhadap kem pelarian yang padat dengan penduduk itu turut mengundang kecaman antarabangsa.

Tentera Israel kemudian dilaporkan meneruskan kekejamannya terhadap penduduk Palestin apabila melancarkan serangan udara baharu menyasarkan bahagian utara Semenanjung Gaza awal pagi tadi. 

Serangan itu dilakukan selepas rejim zionis mendakwa memintas lima roket yang ditembak ke arah Israel dari wilayah Palestin yang disekat itu.

Sumber keselamatan Palestin berkata, serangan itu mengenai tapak tentera kumpulan militan Hamas di utara Gaza tetapi tiada  kecederaan dilaporkan.