2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ISRAEL SASAR TENTERA SYRIA DALAM SERANGAN BALAS

BAITULMAQDIS – Pesawat Israel menyerang kubu tentera di selatan Syria semalam sebagai misi membalas dendam kerana mendakwa Syria melepaskan tembakan dalam satu insiden sebelum ini.

Serangan balas itu sekali gus menambahkan lagi ketegangan hubungan antara Israel dan Syria.

Ia berlaku beberapa jam selepas jeneral tertinggi AS, Mark Milley melakukan lawatan mengejut ke Israel untuk mengadakan perbincangan mengenai keselamatan wilayah termasuk Iran yang juga sekutu utama pemerintah Syria.

Israel mendakwa peluru dilepaskan dari sisi pagar keselamatan Syria ke arah kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan, yang telah diduduki sejak Perang Enam Hari 1967.

Dalam insiden itu, tentera Israel berkata, sebuah kenderaan dan bangunan awam rosak.

Justeru, sebagai tindak balas, Israel menyerang menggunakan helikopter dengan menyasarkan tentera di selatan Syria.

Sementara itu, agensi berita rasmi SANA melaporkan, peluru berpandu Israel mengenai tiga sasaran, menyebabkan dua individu cedera ringan ketika memulakan kebakaran hutan.

Israel bagaimanapun tidak menyalahkan sepenuhnya tentera Syria atas insiden serangan itu, tetapi menganggap pemerintah Damsyik bertanggung jawab atas kejadian berkenaan.

Sejak permulaan konflik Syria pada 2011, Israel sudah melancarkan ratusan serangan di Syria, kebanyakannya menyasarkan tentera kerajaan selain pasukan bersekutu tentera Iran dan pejuang Lubnan dari kumpulan Hezbollah.

Sumber: Berita Harian