2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp-Image-2022-02-16-at-12.25.13-PM
Aktiviti SM

Kepulangan Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Untukmu Syria

6 Feb 2022: Alhamdulillah, kesemua sukarelawan dan Duta Rasmi Serantau Muslim, Ustazah Isfadiah dan Imam Muda Hassan telah selamat sampai ke tanah air malam tadi dan syukur atas kehadrat Ilahi kerana segala berjalan dengan baik walaupun di sana dikhabarkan berlaku pelbagai cabaran untuk memasuki negara Syria.

Misi yang diketuai Pengerusi Serantau Muslim, Ustaz Mohd Hakim ini telah berada di bumi anbiya’ selama 10 hari bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Untukmu Syria.

Segala agenda penting telah berjaya dilaksanakan dengan baik oleh kesemua peserta misi misalnya merasmikan kilang roti agar pengoperasian kilang roti dapat dimulakan, lawatan ke pangsapuri (township), ziarahi pusat rehabilitasi dan agihan bantuan musim sejuk kepada penduduk Syria. Alhamdulillah.

Dalam kesempatan sama, Serantu Muslim ingin mengucapkan jutaan terima kasih semua penyumbang yang tidak putus-putus menyumbang dan terima kasih atas doa semua yang telah dipanjatkan buat kesemua sukarelawan di sana sebelum ini.