2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2022-02-18 at 5.15.42 PM
Info Semasa

50 negara sebarkan cinta terhadap Masjid Al-Aqsa

LONDON: Sebanyak 50 negara dijangka mengambil bahagian sempena Minggu Aqsa 2022 yang akan dianjurkan bermula 24 Februari hingga 2 Mac depan

Lapor Arab News, acara tersebut dianjurkan oleh British-based Friends of Al-Aqsa (FOA) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mempertahankan hak asasi manusia di Palestin dan melindungi masjid suci itu.

Menurut FOA, acara terbesar itu akan melibatkan diskusi yang dianjurkan oleh pihak masjid, universiti, majlis perbandaran dan Parlimen.

Selain itu, minggu tersebut akan dimeriahkan dengan bengkel dan aktiviti pendidikan berkenaan warisan di masjid suci tersebut serta memberikan fokus global terhadap isu di Palestin.

“Ia adalah minggu yang menakjubkan bagi semua individu dari seluruh dunia untuk menganjurkan perbincangan serta meningkatkan kesederan mengenai Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palestin,” jelas FOA.

Minggu tersebut dilancarkan sejak 2017 oleh FOA yang bertujuan menyebarkan sejarah mengenai Al-Aqsa serta ancaman bahaya yang dihadapi oleh penduduk Palestin.

Sumber: UM