Kategori: Kenyataan Media

Kenyataan Media

ANGKA KORBAN GEMPA PAKISTAN MENINGKAT 22 ORANG

MIRPUR, 25 Sept. – Kini, jumlah korban gempa 5.8 magnitud di timur laut Pakistan telah meningkat kepada 22 orang dengan lebih 300 mangsa lagi cedera, menurut salah seorang pegawai kanan polis negara itu.
Kenyataan Media

RIAU ISYTIHAR DARURAT, IPU MELEBIHI PARAS BAHAYA

JAKARTA, 25 Sept. – Wilayah Riau, Indonesia mengisytiharkan darurat pencemaran udara semalam, selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi 500. Gabenor Riau, Syamsuar memaklumkan pengisytiharan darurat itu, bermula semalam sehingga 31 Oktober depan, bergantung kepada...
Kenyataan Media

NETANYAHU, GANTZ MUNGKIN BERGILIR JADI PM ISRAEL

BAITULMAQDIS, 24 Sept. – : Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan pencabarnya, Benny Gantz, memulakan rundingan semalam berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, dan fokus utama adalah siapa yang akan dahulu menerajui kerajaan menurut perjanjian penggiliran.
Kenyataan Media

VIDEO TAHANAN UIGHUR DITUTUP MATA, RANTAI KAKI TERSEBAR

CANBERRA, 23 Sept. – Menteri Luar Australia menggambarkan rakaman mengerikan ratusan tahanan di China ditutup mata dan dirantai sebagai ‘amat mengganggu.’
Kenyataan Media

BUAH EPAL MEMBUSUK, PENDUDUK SEPI SELEPAS PERINTAH BERKURUNG BERKUATKUASA DI KASHMIR

SOPORE, 19 Sept. – Sudah masuk musim menuai namun pasar di bandar utara Kashmir di sini yang biasanya penuh sesak dengan pelanggan, trak dan buah-buahan hasil tuaian tahun ini dilihat kosong, sementara dusun epal di seluruh Jammu dan Kashmir membusuk tidak dipetik.
Kenyataan Media

BAYI MAUT AKIBAT JEREBU DI INDONESIA, PULUHAN RIBU JATUH SAKIT

JAKARTA/PALEMBANG, 18 Sept. – Kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan yang menyelubungi wilayah itu dengan jerebu selama beberapa minggu dan menjejaskan kesihatan puluhan ribu penduduk di rantau berhampiran serta negara jiran, meragut nyawa seorang bayi empat bulan yang dilaporkan maut...
Kenyataan Media

NASIB MUSLIM ROHINGYA TERUS KELAM

YANGON, 17 Sept. – Baki penduduk Islam Rohingya di Myanmar masih berdepan risiko pembunuhan beramai-ramai, kata penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Kenyataan Media

PILIHANRAYA ISRAEL- PENINDASAN TERHADAP PALESTIN MASIH SAMA

TEL AVIV, 17 Sept. – Penduduk Yahudi yang akan mengundi buat kali kedua dalam tempoh kurang enam bulan pada hari ini. Pilihan raya itu juga mungkin menjadi penentu nasib Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sama ada dapat mengekalkan jawatannya untuk penggal kelima atau sebaliknya.
Kenyataan Media

MAGHRIBI TURUT SELAR KENYATAAN NETANYAHU MAHU RAMPAS TEBING BARAT

RABAT, 13 Sept. – Maghribi mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis bahawa beliau akan merampas Tebing Barat jika dipilih semula, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Maghribi.
Kenyataan Media

ARAB SAUDI BANTAH HASRAT NETANYAHU

KAHERAH, 12 Sept. – Arab Saudi mengutuk pengumuman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengenai hasratnya untuk memperluaskan penempatan di Tebing Barat, jika beliau memenangi pilihan raya akan datang.