2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

RIAU ISYTIHAR DARURAT, IPU MELEBIHI PARAS BAHAYA

JAKARTA, 25 Sept. – Wilayah Riau, Indonesia mengisytiharkan darurat pencemaran udara semalam, selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi 500.

Gabenor Riau, Syamsuar memaklumkan pengisytiharan darurat itu, bermula semalam sehingga 31 Oktober depan, bergantung kepada keadaan semasa.

Beliau menyatakan pihaknya turut menyediakan tempat pemindahan sementara yang selamat terutamanya kepada kanak-kanak dan dan wanita hamil.

Sejak 13 September lalu, kualiti udara di wilayah Riau dan Jambi dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.

Sumber: Berita Harian