Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 26 Ogos 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”10 RIBU KELUARGA TERIMA BANTUAN DAGING QURBAN” font_container=”tag:h1|text_align:center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

MANILA, FILIPINA: Seramai 10 ribu keluarga umat Islam Filipina telah menerima sumbangan daging korban dalam Misi QurbanMudah.com bagi tahun 2018 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM).

Penerima tersebut terdiri dari kalangan fakir miskin, anak yatim, warga emas dan golongan kurang berkemampuan di Zamboanga dan Maguindanao yang mana wilayah tersebut terdapat banyak perkampungan umat Islam.

Sebanyak 150 ekor lembu telah di telah dikorbankan hasil penyertaan para peserta daripada rakyat Malaysia yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian bagi memperoleh ganjaran ibadah korban tahun ini.

Pengurus Besar QurbanMudah.com, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor berkata, kedhaifan hidup umat Islam di Filipina menjadi faktor pihaknya memilih negara tersebut sebagai lokasi misi korban bagi tahun ini.

Beliau berkata, keadaan hidup mereka jauh lebih susah berbanding suasana umat Islam di Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni dan selesa serta tidak sukar untuk memperoleh makanan seharian.

“Umat Islam di negara ini sangat dhaif, mereka sukar untuk merasai nikmat makanan yang sihat. Hatta sangat jarang untuk mereka merasi nikmat daging atas faktor kesempitan hidup.

“Kita boleh lihat hari ini, ramai masyarakat Islam yang datang beramai-ramai untuk tidak melepaskan peluang merasai nikmat daging korban yang disempurnakan oleh kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyempurnaan penyembelihan korban di perkampungan Islam dekat Matanog, Maguindanao, Filipina, semalam.

Beliau menjelaskan, pihaknya sangat menitikberatkan kaedah pengagihan daging korban agar ia diterima oleh golongan yang benar-benar layak, oleh yang demikian faktor lokasi yang strategik telah menjadi perkara terpenting bagi misi kemanusiaan itu.

Bagi memastikan ketelusan misi tersebut, kata beliau pihaknya sendiri telah menyempurnakan penyembelihan, pengagihan dan penyampaian daging korban dengan dibantu oleh penduduk setempat yang sangat gembira untuk bersama-sama melaksanakan ibadah yang dituntut oleh agama Islam itu.

“Kami mahu pastikan amanah yang diberikan oleh para peserta korban kepada kami dapat dilaksanakan dengan baik dan penuh ketelusan, dan kami mahu golongan yang benar-benar layak sahaja yang dapat menerima daging korban ini,” jelasnya lagi.

Ketika ditanya tentang cabaran dalam misi tersebut, beliau berkata, peserta misi terdedah kepada sebarang bentuk kegananasan, penculikan dan sebagainya.

Namun kata beliau, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada pihak keselamatan negara tersebut yang mana sepanjang misi itu, pihak polis telah mengiringi dan membuat kawalan yang rapi bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pemerintah yang memberi pengiktirafan tinggi kepada misi kami kali ini. Sepanjang misi, kami dikawal rapi oleh pihak polis.

“Alhamdulillah tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, dan segala perancangan berjaya disempurnakan dengan jayanya,” katanya.

Misi yang diadakan enam hari itu bermula 20 Ogos lalu telah disertai oleh enam orang wakil Serantau Muslim dan ia dijayakan dengan kerjasama beberapa pihak termasuklah Municipality of Matanog.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]