2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 16 Ogos 2018

[vc_row source=”” text=”HELP US REACH OUR GOAL” font_container=”tag:h2|text_align:center” use_theme_fonts=”yes” google_fonts=”font_family:Abril%20Fatface%3Aregular|font_style:400%20regular%3A400%3Anormal” custom_letter_spacing=”” link=””][vc_column][vc_custom_heading text=”PENDEKATAN BARU ELAK REMAJA HANYUT LAYARI SOSIAL MEDIA DAN PERMAINAN VIDEO” font_container=”tag:h1|text_align:center|color:%238c2500″ use_theme_fonts=”yes” custom_letter_spacing=””][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2191″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM melihat cadangan Kementerian Kesihatan yang mungkin akan mengikut jejak langkah negara Jepun dan Korea Selatan untuk menyekat akses internet dan penggunaan permainan video bagi remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun selepas jam 12 tengah malam hingga jam 6 pagi adalah amat baik kerana dewasa ini, remaja dilihat alpa bersama gajet masing-masing sehingga ada yang terabai dalam pelajaran.

SERANTAU MUSLIM percaya dengan pendekataan dan perubahan yang bakal dilakukan ini, ia dapat membendung masalah yang sering kali menjadi punca masalah anak-anak yang masih bersekolah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan daya fokus yang tinggi semasa berada di dalam kelas.

SERANTAU MUSLIM mengingatkan masyarakat bahawa ketagihan terhadap aplikasi media sosial dan permainan video dapat memberi kesan yang buruk kepada perkembangan sosial dan intelek dalam kalangan pelajar sekolah. Tidak hairanlah, ramai remaja abad 21 kini tidak dapat berinteraksi secara baik apabila berada bersama golongan yang lebih berusia mahupun lebih muda daripada mereka kerana kecenderungan yang tinggi terhadap sosial media telah memberi kesan negatif terhadap tingkah laku mereka.

SERANTAU MUSLIM bersependapat dengan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dr. Lee Boon Chye, bahawa seseorang individu yang ketagih bermain permainan video dan aplikasi media sosial akan menyebabkan seseorang individu akan merasa terlalu ingin melakukan aktiviti tersebut sehingga menjadi satu tabiat yang akan memberi kesan dan menjejaskan aktiviti pembelajaran, kerjaya dan hubungan sesama ahli keluarga.

Walaupun World Health Organization (WHO) menyatakan ketagihan sosial media sosial masih belum diklasifikasikan sebagai satu gangguan mental, namun SERANTAU MUSLIM percaya jika tiada pendekatan awal untuk mengubah tabiat remaja abad ini, ia mungkin boleh mendedahkan mereka kepada masalah perkembangan neuro, tingkah laku dan gangguan mental.

SERANTAU MUSLIM melihat perkara ini bukan sahaja kerajaan dan pihak tertentu sahaja harus berusaha keras untuk memastikan remaja masa kini tidak lalai melayari sosial media secara berlebihan, namun ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu dengan melakukan pemantauan terhadap gajet anak-anak mereka dan sentiasa menasihati anak-anak agar tidak lalai dengan sosial media pada abad ini.

 

“Persaudaraan Rentas Sempadan”.

Muhammad Faeez Azahar
Pengarah Media dan Komunikasi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]