2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 14 NOVEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”PENDUDUK PALESTIN SYAHID SELEPAS GAZA DIHUJANI 300 ROKET DARI ISRAEL” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]
Oleh: Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob

 

SERANTAU MUSLIM mengucapkan salam takziah diatas pemergiaan kira-kira 10 orang penduduk Gaza termasuk pejuang Briged al-Qassam selepas Israel melepaskan kira-kira 300 roket ke arah Gaza sejak Isnin lalu. Kementerian Kesihatan bahagian sempadan Palestin memaklumkan bahawa serangan berlaku di kedua-dua bahagian yang mana Hamas turut membalas serangan dengan melancarkan roket ke kawasan penduduk Israel dan memaksa orang ramai menyelamatkan diri di tempat perlindungan.

Dalam kejadian itu juga, dilaporkan banyak bangunan di Gaza telah musnah dan tentera Israel juga telah menyerang penduduk Palestin yang menyeberangi pagar sempadan yang cuba menyusup ke wilayah mereka.

SERANTAU MUSLIM juga difahamkan, sebelum pertempuran sengit ini, Israel telah membuat satu operasi khas untuk menculik seorang komanden Briged al-Qassam. Walaupun cubaan tersebut berjaya digagalkan, namun komanden tersebut telah dibunuh oleh tentera Israel. Dalam masa yang sama, seorang tentera Israel terbunuh dan seorang lagi dilaporkan mengalami kecederaan. Sebagai tindak balas, Israel telah menyerang Gaza dan turut menjadi sasaran adalah stesen TV di Gaza iaitu AlAqsa TV.

Sejak tahun 2014, SERANTAU MUSLIM melihat Perang Gaza yang berlaku di wilayah bergolak itu telah mengorbankan ramai penduduk Palestin, iaitu kira-kira 2,100 orang yang kebanyakannya terdiri daripada orang awam.

SERANTAU MUSLIM melihat serangan tentera Israel yang bertubi-tubi sebelum ini ke arah penduduk Gaza telah membangkitkan provokasi dalam kalangan pejuang-pejuang Palestin.

SERANTAU MUSLIM merasakan serangan ini telah melanggar syarat gencatan senjata 2014 yang mana dinyatakan kerajaan penjajah mesti memberi komitmen untuk tidak mencabul ruang udara dan memudahkan syarat bagi umat Islam mengunjungi Masjid al-Aqsa, tetapi ia dilihat Israel langsung tidak mengendahkan perkara yang termaktub dalam perjanjian ini. Mereka terus menerus menggunakan serangan dari udara untuk menghancurkan fasiliti-fasiliti awam di Gaza dan mengorbankan penduduk Palestin.

Walaupun pertempuran sengit antara Palestin dan Israel baru sahaja dihentikan ekoran usaha Mesir untuk mengembalikan keamanan di wilayah bergolak itu, namun SERANTAU MUSLIM merasa khuatir dengan strategi licik Israel yang mungkin akan membunuh seluruh rakyat Gaza secara perlahan-lahan walaupun mereka berada dalam tempoh gencatan senjata.

SERANTAU MUSLIM bimbang akan nasib penduduk awam yang sama terutama anak-anak kecil, wanita dan warga emas yang mungkin bakal menjadi taruhan nyawa terhadap ketidakpuasan hati puak Israel ini.

Bertitik tolak daripada insiden ini juga, SERANTAU MUSLIM menyeru semua komuniti dunia agar tidak melupakan kesengsaraan penduduk yang berada di Gaza ketika ini dan sentiasa mendoakan keamanan buat mereka. SERANTAU MUSLIM juga menyediakan saluran berikut untuk bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.
[Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim, akaun Maybank 5641 0042 3099]

*Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM
14 November 2018

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/4″][/vc_column][vc_column width=”1/2″][vc_gallery interval=”3″ images=”2547,2546″ img_size=”medium”][/vc_column][vc_column width=”1/4″][/vc_column][/vc_row]