2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Sinar Harian: Serantau Muslim gesa Unesco lebih proaktif

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”Serantau Muslim gesa Unesco lebih proaktif” font_container=”tag:h1|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]IPOH – Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim Malaysia menggesa Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) lebih proaktif memastikan hak rakyat Palestin terus dilindungi.

Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, Serantau Muslim kecewa dengan tindakan rejim Zionis melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah pelajar yang terdiri daripada anak-anak Palestin di sebuah sekolah tinggi di bandar Tuqu’, Tengah Tebing Barat kelmarin.

Beliau berkata, tindakan rejim Zionis memaksa semua kakitangan sekolah dan pelajar yang lain keluar dan mengosongkan premis yang menempatkan puluhan pelajar itu juga jelas menunjukkan mereka telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

“Serantau Muslim melihat tindakan rejim Zionis ini sangat tidak wajar dilakukan kerana menindas golongan kanak-kanak yang masih daif yang ingin mendapatkan pendidikan. Tindakan rejim Zionis yang juga menutup sekolah tersebut dilihat telah menafikan hak penduduk asal negara berkenaan untuk mendapatkan pendidikan formal mereka.

“Dalam pada itu, Serantau Muslim juga mengecam tindakan puak Israel yang telah sekian lama menafikan hak penduduk Palestin walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengingatkan bahawa penduduk Palestin dibenarkan hidup aman di tanah air mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan dilakukan tentera Israel ke atas sebuah sekolah di Ramallah, Tebing Barat.

Kelmarin, puluhan pelajar Palestin cedera ditembak dan sesak nafas akibat gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel yang menyerbu sekolah mereka di tengah Tebing Barat.

Raja Ahmad Iskandar berkata, pihaknya berharap Unesco dapat memainkan peranan sewajarnya dalam menjadi menyumbang ke arah perdamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui tiga aspek utama iaitu pendidikan, sains dan kebudayaan.

Katanya, Palestin yang juga ahli Unesco ke-195 sejak tujuh tahun yang lalu wajar menikmati hak pendidikan mereka seperti penduduk di negara anggota Unesco yang lain.

“Dalam masa yang sama, Serantau Muslim mengingatkan rejim Zionis dan sekutunya akur dengan ketetapan antarabangsa agar menghentikan tindakan ekstrem serta penafian hak pendidikan dalam kalangan penduduk Palestin.

“Justeru itu juga, kita ingin menggesa pihak Unescodan badan antarabangsa yang lain dapat bekerjasama erat dengan mengambil sikap proaktif bagi memastikan hak rakyat Palestin terus dilindungi dan dijaga dengan baik,” katanya.

Raja Ahmad Iskandar berkata, pihaknya berharap anak-anak Palestin dapat menikmati pendidikan secara formal suatu hari nanti tanpa sebarang kesulitan dari pihak luar.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim, boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5641 0042 3099.

 

Sumber: Sinar Harian[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]