Aktiviti SMInfo Semasa

Kembara Prihatin: Keperitan Tidak Menghalang Untuk Terus Tersenyum

[vc_row][vc_column][helpme_fancy_title style=”stroke” corner_style=”rounded” tag_name=”h1″ size=”35″ color=”#b70000″ font_weight=”bold” letter_spacing=”3″ font_family=”Courier, monospace” font_type=”safefont” align=”center”]

Keperitan Tidak Menghalang Untuk Terus Tersenyum

[/helpme_fancy_title][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533701193752{background-color: #eeb5f4 !important;}”][vc_column][vc_column_text]

Pada 6 Julai kali ini pula misi bantuan kembara prihatin diteruskan seperti biasa. Berbagai dugaan serta rintihan yang telah didengari. Sedih, pilu dan pelbagai perasaan kami merasainya. Kisah yang sangat memilukan dari golongan-golongan yang telah ditemui. Lubuk kemiskinan telah diterokai bagi membantu mereka yang masih memerlukan bantuan dari tangan-tangan yang ikhlas oleh masyarakat sekeliling.

Kampung Bukit Kechil, disitulah terletak sebuah rumah yang telah didiami oleh Encik Yahya bersama anak lelakinya. Encik Yahya yang merupakan seorang yang gagah dahulunya kini sudah tidak mampu melakukan tugas-tugas berat lagi. Hal ini kerana, penyakit kencing manisnya semakin bertambah teruk dan menjadikan ia sukar untuk berjalan dan membuat kerja. Ditambah pula dengan keadaannya yang sudah berumur menghalangnya untuk melakukan kerja berat.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533701202294{background-color: #eeb5f4 !important;}”][vc_column][vc_column_text]

Encik Yahya, tersenyum dengan kehadiran kami seperti khabar gembira buatnya. Penyakit kencing manisnya terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar. Semua kos tanggungan disara oleh anak lelakinya itu. Tidak dapat berbuat apa hanya bergantung harapan kepada anaknya. Dengan usia warga emas, isteri Encik Yahya turut tidak berupaya membantu suaminya itu untuk kerja-kerja harian memandangkan isterinya dalam keadaan lumpuh separuh badan dimana beliau hanya mampu berjalan menggunakan kerusi roda sahaja dan turut dijaga oleh anak-anak mereka. Encik Yahya dijaga oleh anak lelakinya yang setia dan sentiasa ada bersamanya. Manakala isteri Encik Yahya pula dijaga oleh anak perempuannya. Besar sungguh jasa seorang anak yang sanggup menjaga kedua ibu bapanya. Tidak pernah anak encik yahya mengabaikan keluarga nya sendiri.

Bagi anak Encik Yahya, tanggungjawab menjaga bapanya sangat penting dari segalanya kerana ibu bapanya merupakan punca utama yang membimbing dirinya sehingga besar dan mampu berdiri serta mempunyai keluarga sendiri. Oleh itu, segala pengorbanannya masih tidak cukup jika dibandingkan dengan kebahagian yang diberikan oleh ibu bapanya dahulu. Keperitan seorang anak yang hanya bekerja disektor perkilangan itu ditambah lagi dengan anak yang sudah tergolong dalam golongan OKU disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_images_carousel images=”2066,2067,2068,2069,2070,2071″ img_size=”large”][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533701223812{background-color: #eeb5f4 !important;}”][vc_column][vc_column_text]

Sesungguhnya kehidupan yang membahagiakan adalah apabila kita masih mempunyai ibu dan bapa di dunia ini. Walau macam mana sekalipun mereka, sebagai anak perlulah bersyukur masih merasai nikmat yang tuhan izinkan kepada kita dan janganlah dipersiakan masa-masa tersebut kerana waktu tidak pernah berhenti dan jasad tidak pernah kekal hidup selamanya.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533701256679{background-color: #eeb5f4 !important;}”][vc_column][vc_column_text]

Bagi mereka cukuplah ada golongan yang perihatin terhadap hidup mereka yang serba kekurangan. Encik Yahya turut menerima bantuan daripada Majlis Ugama Islam Melaka (MAIM). Bagi Program kembara prihatin ini serba sedikit diharapkan mampu meringankan beban keluarga Encik Yahya yang sangat memerlukan serta diharapkan program seperti ini lebih tumbuh pesat dan meleluasa lagi dalam Malaysia agar semua masyarakat sedar yang golongan memerlukan masih banyak di sekeliling kita.

Tuan puan yang mahu bersama kami membantu mereka yang memerlukan boleh terus hubungi kami di 0108569407. Semoga segala usaha kita bersama didunia ini diberkati di akhirat kelak.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]