2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 08 Ogos 2018

[vc_row][vc_column][helpme_fancy_title tag_name=”h1″ size=”36″ font_family=”Bookman Old Style, serif” font_type=”safefont” align=”center”]

PENDUDUK LOMBOK TRAUMA DIUJI GEMPA BUMI

[/helpme_fancy_title][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

SERANTAU MUSLIM berasa amat bersimpati dan sedih terhadap mangsa yang terkorban dan tercedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.9 skala ritcher yang menimpa penduduk Lombok, Indonesia sejak seminggu yang lalu. Lebih 100 orang penduduk telah maut dalam kejadian gema bumi ini.

SERANTAU MUSLIM percaya penduduk Lombok sangat memerlukan kekuatan fizikal dan emosi untuk terus bangkit. Pada masa yang sama, mereka turut memerlukan keperluan asas demi meneruskan kehidupan terutamanya makanan dan minuman, pek kebersihan diri, bantuan perubatan, pakaian dan tempat tidur.

SERANTAU MUSLIM turut merasakan penduduk Lombok memerlukan bantuan perkhidmatan kaunseling dan menyeru mereka yang berpengalaman dapat turun padang memberikan khidmat agar mangsa yang masih tidak dapat menerima kenyataan terlibat dalam kejadian gempa bumi dan masih trauma dapat diberikan rawatan emosi agar mereka dapat dipulihkan sepenuhnya.

SERANTAU MUSLIM difahamkan terdapat banyak kerosakan yang berlaku ekoran bencana alam yang menimpa rakyat di Lombok dan amat memerlukan bantuan kewangan yang banyak untuk membantu mereka membangun semula dan melakukan aktiviti seharian seperti sedia kala.

SERANTAU MUSLIM merasakan isu ini perlu diberi perhatian segera oleh seluruh pihak terutama NGO-NGO dan kerajaan agar nasib mangsa khususnya anak-anak kecil, orang-orang tua dan ibu mengandung dapat dijaga.

Hari ini, SERANTAU MUSLIM akan bersama-sama kerajaan Malaysia akan mengumumkan pelancaran bantuan kecemasan kepada mangsa gempa bumi Lombok. Kami sasarkan sekurang kurangnya RM 200,000 untuk fasa pertama bantuan yang akan disalurkan sendiri pada hari Sabtu ini. Boleh hubungi talian 010-8659407 untuk turut sama menyumbang.

Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2078″ img_size=”large” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]