2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

KEDIAMAN KELUARGA PALESTIN DIRAGUT PENDATANG YAHUDI

 

BAITULMAQDIS 11 JULAI – Salah seorang aktivis NGO Israel, Peace Now memaklumkan bahawa sebuah keluarga Palestin dihalau daripada rumah mereka di timur Baitulmaqdis berhampiran Kota Lama hari ini selepas peneroka Yahudi menang pertarungan di mahkamah yang berlanjutan lebih dua dekad.

 

Kediaman tersebut merupakan sebuah pangsapuri di kawasan kejiranan Salwan di Palestin yang merupakan kediaman wanita berusia 53 tahun Bersama empat orang anaknya.

 

Aktivis Peace Now yang menentang perluasan penempatan Yahudi tersebut turut menyatakan polis Israel bertindak dan menghalau penghuni pangsapuri itu dan mereka terpaksa menumpang saudara mara buat sementara waktu.

 

Mahkamah Israel mendapati yayasan Elad, yang mahu menambah kehadiran penduduk Yahudi di timur Baitulmaqdis yang ramai penduduk Palestin, sudah membeli secara sah hartanah itu dan memberi keputusan menyebelahi mereka.

 

“Mengusir kami daripada rumah ini seperti mengeluarkan jantung daripada tubuh saya,” kata seorang penghuninya, Ali Siyam, 20.

 

Sumber: Berita Harian