2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

LAGI PENDATANG YAHUDI CEROBOH MASJID AL-AQSA

 

BAITULMAQDIS 11 JULAI – Lebih 100 pendatang Yahudi menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa menerusi pintu al-Magharibah semalam.

 

Pihak berkuasa Wakaf Islam Baitulmaqdis berkata, kehadiran mereka turut diiringi pasukan keselamatan Israel.

 

Jurucakapnya, Firas Al-Dibs turut menyatakan bahawa pendatang terbabit turut melakukan ritual keagamaan dan tindakan provokasi sebaik melangkah masuk ke kompleks berkenaan.

 

Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Palestin yang menganggap pihak berkuasa Israel mengamalkan sikap double standard.

 

“Pendatang Yahudi terbabit bebas berbuat apa sahaja dan mereka berasa selamat kerana dilindungi polis Israel,” kata Al-Dibs.

 

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

 

Malah pada April lalu, lebih 500 pendatang Yahudi menceroboh kawasan itu sempena perayaan Passover.

 

Sumber: Sinar Harian