2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

SERANTAU MUSLIM UCAP SELAMAT HARI LAHIR BUAT PM MALAYSIA

Telok Mas, Melaka 10 Julai – Pihak pengurusan tertinggi Serantau Muslim (SM) mengucapkan selamat hari lahir buat Perdana Menteri Ketujuh Malaysia hari ini yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-94 tahun.

 

Sempena hari yang dikenang rakyat Malaysia ini, SM berharap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad diberi kesihatan berpanjangan dan dapat mengekalkan personaliti sebagai seorang pemimpin yang disegani di seantero dunia.

 

Selain itu, SM turut mendoakan Malaysia terus aman dan maju jaya dibawah kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

#SerantauMuslim #TunM94