2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-11-16 at 11.20.44 AM
Info Semasa

Gaza ibarat ‘padang jarak padang tekukur’, bayi dan kanak-kanak terus dibunuh – Agensi PBB

Hari ini, Ketua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), Catherine Russell menyifatkan keadaan di Semenanjung Gaza umpama ‘padang jarak padang tekukur’ ekoran serangan kejam Israel di wilayah Palestin yang dikepung.

Menurut kenyataan Ketua UNICEF yang dipetik dari Berita Harian, beliau melihat dan mendengar perkara yang amat mendukacitakan. Penduduk di sana terpaksa mengharungi bom berulang kali, kemusnahan dan hilang tempat tinggal.

Di wilayah Gaza, tiada tempat selamat untuk 1 juta kanak-kanak.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih 4,600 kanak-kanak terbunuh dan hampir 9,000 lagi cedera di Semenanjung Gaza.

Tambah beliau lagi, ramai kanak-kanak hilang dan dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan rumah, susulan penggunaan bahan letupan di kawasan berpenduduk.

Begitu juga dengan bayi yang baru lahir, mereka memerlukan penjagaan khusus namun telah meninggal dunia di sebuah hospital di Gaza kerana tiada bekalan elektrik dan kelengkapan perubatan kerana berada di tengah-tengah keganasan yang berterusan dengan kesan yang teruk.

Beliau turut menggesa pihak-pihak yang terlibat dalam konflik Gaza supaya menghentikan kekejaman.

“Saya sekali lagi menyeru semua pihak supaya memastikan kanak-kanak dilindungi dan dibantu, mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Hanya pihak yang terlibat dalam konflik boleh menghentikan keganasan ini,” kata Russell.

Sekurang-kurangnya 11,320 rakyat Palestin terbunuh termasuk hampir 7,800 wanita dan kanak-kanak, dan lebih 29,200 lagi cedera sejak 7 Oktober, menurut angka terkini pihak berkuasa Palestin.

Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja rosak atau musnah dalam serangan tentera penceroboh Israel.