2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2022-12-27 at 10.34.01 PM
Info Semasa

Israel mungkin perluas penempatan haram – PLO

TEL AVIV: Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) memberi amaran kemungkinan perluasan pencerobohan penempatan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, susulan pembentukan kerajaan Israel yang baharu.

Kelmarin, Perdana Menteri Israel paling lama berkhidmat, Benjamin Netanyahu mendakwa beliau berjaya menubuhkan gabungan kerajaan dengan beberapa parti ekstrem dan ultra ortodoks.

“Kebangkitan parti fasis Zionis mengancam untuk memperluas aktiviti penempatan tidak pernah berlaku sebelum ini dan rampasan tanah rakyat Palestin,” tegas Pejabat Kebanyakan PLO bagi Pertahanan Tanah dan Penentangan dalam laporan yang dihantar kepada agensi Berita Xinhua.

Menurut laporan itu, Netanyahu boleh mengurangkan pembabitan ketara dalam kebenaran pembinaan penempatan, selepas kuasa itu dipindahkan kepada Parti Agama Zionis, dipimpin oleh Bezalel Smotrich, mengikut perjanjian gabungan.

Laporan sama turut mendedahkan Israel membina sebanyak 3,100 unit penempatan di Baitulmuqaddis Timur tahun ini.

Pemimpin dan pegawai Palestin secara konsisten memberi amaran sebarang perluasan penempatan oleh warga Israel serta tindakan merampas tanah rakyat Palestin di Tebing Barat, boleh menjejaskan kaedah penyelesaian dua negara.

Lebih 70,000 penempatan dihuni warga Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, menurut angka rasmi Palestin.

Peperangan pada 1967 menyaksikan Israel menduduki Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitulmuqaddis Timur yang semuanya dituntut oleh Palestin sejak itu, dikawal serta disekat.

Sumber: BH