2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

GAZA DISERANG LAGI

BAITULMAQDIS, 5 Feb – Pesawat milik rejim Zionis telah menyerang Gaza awal pagi tadi, selepas pasukan Palestin melancarkan serangan ke arah mereka.

Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, pesawat pejuang mereka menyasarkan kedudukan Hamas di selatan Semenanjung Gaza, termasuk ‘tapak pembuatan senjata’ milik puak itu.

Tiada sebarang laporan terkini diterima berhubung kecederaan atau kematian susulan serangan.

Pejuang Palestin sebelum itu melancarkan tiga tembakan projektil dan letupan ke arah selatan Israel, namun tidak mendatangkan sebarang kemalangan jiwa.

Letupan bom dan serangan mortar dilancarkan hampir setiap hari dari Gaza, sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat pengumuman mahu menyambung semula penyelesaian konflik Israel-Palestin