2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

EMPAT MAUT DALAM SERANGAN BOM DI IDLIB – MENTERI PERTAHANAN TURKI

ISTANBUL, 4 Feb – Empat askar Turki maut, manakala sembilan lagi cedera dengan seorang daripada mereka parah ekoran serangan bom oleh angkatan Kerajaan Syria di barat laut bandar Idlib, kata Menteri Pertahanan Turki.

Serangan balas angkatan Turki pula memusnahkan sasaran dalam bandar Idlib, kata kementerian itu dalam satu kenyataan bertulis yang tidak menjelaskan serangan balas terbabit.

Presiden Syria, Bashar al-Assad yang disokong tentera udara Russia baru-baru ini, mengorak langkah di Idlib dan Presiden Tayyip Erdogan pada Jumaat lalu berkata, Turki mungkin melancarkan operasi ketenteraan, melainkan pergaduhan dihentikan.

Turki yang melindungi 3.6 juta pelarian Syria bimbang mengenai gelombang baharu penghijrahan dari Idlib. Ia mempunyai 12 pos pemerhatian ketenteraan di sekitar bandar itu, ditubuhkan menerusi perjanjian dengan Russia dan Iran, pada 2017. Beberapa daripada mereka kemudian dikelilingi kemaraan kuasa Kerajaan Syria.

Serangan bom oleh tentera Kerajaan Syria dilakukan ‘bercanggah dengan unsur pengukuhan untuk menghalang pertempuran di Idlib, walaupun kedudukan mereka dikoordinasikan terlebih dahulu,” kata Kementerian Pertahanan Turki dalam satu kenyataan.

Idlib adalah kubu utama terakhir tawanan pemberontak dalam perang yang berlarutan hampir sembilan tahun di Syria dan Erdogan menuduh Russia mencabuli perjanjian mengurangkan pergaduhan di rantau itu, iaitu dakwaan yang sudah dinafikan Moscow, Jumaat lalu.