2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SERANGAN BUNUH DIRI GEGARKAN KABUL, AFGHANISTAN

KABUL, 12 Feb – Satu serangan bunuh diri menggegarkan ibu negara Afghanistan awal pagi semalam, dengan jumlah kemalangan jiwa menjadikan ia insiden terbesar pertama di bandar itu untuk tempoh beberapa bulan, kata Kementerian Dalam Negeri.

“Letupan berkenaan adalah serangan bunuh diri dengan kemalangan jiwa membabitkan orang awam,” kata jurucakap kementerian, Marwa Amini.

Seorang saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian mengesahkan insiden itu.

“Ia adalah satu letupan besar yang berlaku berhampiran rumah kami. Kami turut mendengar bunyi tembakan selepas itu. Ambulans juga dikejarkan ke tempat kejadian pada kadar segera,” kata Samiullah.

Letupan terbabit mengocak kedamaian buat beberapa bulan di ibu negara, dengan spekulasi bahawa Taliban mengelak daripada menyerang kawasan utama bandar, sebagai usaha untuk memastikan rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) berjalan mengikut jadual.

Serangan besar terakhir di ibu negara pada November lalu, apabila sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas sebuah van mini yang berisi bahan letupan merempuh kenderaan membawa rakyat asing ketika waktu puncak di Kabul.

Empat rakyat asing adalah antara yang tercedera dalam serangan disasarkan ke atas kenderaan utiliti sukan (SUV), milik syarikat keselamatan Kanada, Garda World.

Serangan terbabit berlaku di kawasan padat penduduk, berhampiran Kementerian Dalam Negeri dan di utara lapangan terbang Kabul. 

Sumber: Berita Harian