2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

11 ORANG AWAM TERKORBAN DALAM SERANGAN SYRIA

BEIRUT, 12 Feb – Serangan tentera Syria di Idlib menyasarkan kubu terakhir kumpulan pemberontak, mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang awam terkorban.

Syrian Observatory for Human Rights yang berpangkalan di Britain, berkata separuh daripada yang terbunuh adalah kanak-kanak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, pergolakan sembilan tahun di Idlib menyaksikan lebih 700,000 orang melarikan diri daripada cengkaman kejam regim Syria.

Jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, David Swanson, berkata dalam tempoh 10 minggu sejak 1 Disember lalu, kira-kira 690,000 orang kehilangan tempat tinggal di Idlib dan kawasan sekitarnya.

“Ini, menurut analisis kami, adalah penghijrahan terbesar penduduk dalam suatu temph sejak krisis Syria bermula hampir sembilan tahun lalu,” katanya.

Konflik terbabit sudah mengakibatkan lebih 380,000 orang terkorban berikutan tidakan kejam cuba mematahkan demonstrasi menuntut perubahan regim. 

Sumber: Berita Harian