2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
8abffe0b-76c4-4961-8899-513583ee4dc4.jpg
Info Semasa

Polis Israel tembak mati rakyat Palestin di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS: Seorang lelaki Palestin maujt ditembak polis Israel di bandar Kafr Aqab di utara Baitulmaqdis hari ini, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat Gabenor Baitulmaqdis Pihak Berkuasa Palestin dalam satu kenyataan, berkata mangsa yang maut itu dikenali sebagai Mohammad al-Hasham.

Lelaki itu dipercayai ditembak dari jarak dekat selepas pegawai polis Israel menceroboh masuk ke dalam rumahnya, menurut kenyataan itu.

Polis Israel mengambil jasad Hasham, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Sementara itu, polis Israel mendakwa rakyat Palestin itu cuba menyerang seorang pegawainya sebelum dia ditembak.

Polis Israel melancarkan operasi mengesan di bandar Kafr Aqab dan menyerbu sebuah rumah kerana penghuninya disyaki memiliki senjata.

Sumber: Berita Harian