2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
d3a0aeba-5f08-4dfb-93d0-23af90a0d915.jpg
Info Semasa

10 bangunan runtuh akibat hujan lebat di Yaman

SANAA: Sekurang-kurangnya 10 bangunan terletak di bandar lama di Sanaa, runtuh sejak beberapa hari lalu akibat hujan lebat yang melanda ibu kota Yaman.

Memetik laporan Al Jazeera, kumpulan Houthi berkata, kira-kira 80 bangunan lain mengalami kerosakan teruk dan perlu dibaik pulih segera.

Menteri Kebudayaan dalam pentadbiran Houthi, Abdullah al-Kabsi menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa selain mencari bantuan untuk menangani kemusnahan itu.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian mahupun kecederaan akibat runtuhan itu.

Bandar lama Sanaa merupakan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) dan kawasan itu dipercayai didiami selama lebih dua ribu tahun.

Sumber: Utusan