2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

‘PALING SAYA PERLUKAN IALAH BANTUAN KEWANGAN KERANA SEMUA 4 ORANG ANAK MASIH BERSEKOLAH’ – PUAN MINA

TELOK MAS, Melaka, 29 Jan. 2020 – Pagi ini, beberapa orang wakil Serantau Muslim (SM) telah berjaya menyantuni seorang insan berhati kental menerusi satu program yang dinamakan Kembara Prihatin (KP) iaitu Puan Suhartini yang mesra dipanggil Puan Mina.

Puan Mina, 45 tahun yang mempunyai empat orang anak dan masing-masingnya masih bersekolah dilihat begitu memerlukan bantuan dari segi kewangan bagi menampung keperluan harian dan yuran sekolah. Kehidupan mereka sekeluarga dilihat sangat daif selepas beliau berpisah dengan suamianya sejak lima bulan yang lalu. Rumah yang disewa ibu tunggal itu disewa dengan harga RM150 sebulan kelihatan serba kekurangan dengan bumbung yang berlubang.

Bagi mereka yang ingin membantu asnaf yang lain menerusi program sebegini, boleh layari www.serantaumuslim.org.my/kembara-prihatin/.