2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
BANTUAN BULANANKEMBARA PRIHATINKLUSTERMAKANANPROJEK SERANTAU MUSLIM

BANTUAN KEMBARA PRIHATIN

kembara prihatin
Sila pilih kadar sumbangan dibawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan bayaran sumbangan.
RM 10 RM 100 UMUM

JUMLAH DANA YANG TERKUMPUL

[PROGRESSBAR_WP id=3780]

PENGENALAN

“Kembara Prihatin Serantau Muslim” ini dilaksanakan untuk memupuk sikap kebertanggungjawaban dan prihatin dalam kalangan masyarakat sekeliling kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Oleh itu, “Kembara Prihatin” ini merupakan inisiatif daripada Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim bagi memastikan masyarakat yang memerlukan dapat menjalani dan meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna dengan adanya kesedaran ini.

Image00003

Bantuan yang akan diberikan adalah seperti bakul makanan yang mengandungi barangan bahan mentah untuk keperluan harian. Antara barangan bahan mentah yang akan dberikan adalah seperti beras, minyak masak, kicap, sos, mee segera, air kordial, roti dan sebagainya.

Image00007

Projek ini telah dilaksanakan di negeri Melaka yang mana sebelum ini mendapat kerjasama dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta pihak Japerun Telok Mas dan Japerun Serkam. Fasa pertama, projek ini telah dilaksanakan setiap minggu pada setiap hari Jumaat bermula tahun
2018.

Serantau Muslim telah turun ke rumah-rumah asnaf, menziarah sambil menyampaikan barang bantuan asas. Sehingga kini, lebih 50 buah rumah Serantau Muslim telah santuni di Umbai, Telok Mas, Serkam, Pernu, Semabok, Duyong dan lain-lain. Kali ini, Serantau Muslim ingin meluaskan skop projek Kembara Prihatin untuk menyantuni anak-anak madrasah.

nor

PERLUKAN BANTUAN?

Serantau Muslim sedia membantu anda yang ingin membuat sumbangan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan hotline kami di talian +6010-865 9407

TOLONG VIRALKAN

Kami amat-amat menghargai jasa baik Tuan/Cik Puan untuk bantu share kempen sumbangan ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah: