2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

MILITAN SERANG SALURAN GAS DI SINAI, MESIR

KAHERAH, 3 Feb – Menurut salah satu sumber keselamatan, militan telah meletupkan paip gas di Semenanjung Sinai, Mesir.

Suspek bersenjata dan bertopeng itu memandu kenderaan pacuan empat roda sebelum meletupkan bahan letupan dalam serangan itu, yang dilakukan sekitar 80 kilometer ke barat ibu kota wilayah El-Arish.

Tiada kecederaan dilaporkan dan sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Menurut sumber, saluran paip gas yang meletup itu menghubungkan sebuah stesen janakuasa di El-Arish, membekalkan tenaga kuasa ke rumah-rumah dan kilang-kilang di pusat Sinai.

Beberapa laporan media di Mesir dan Israel bagaimanapun mengatakan bahawa bahagian saluran paip itu adalah sebahagian daripada medan luar pesisir Leviathan Israel yang menghubungkan kedua negara.

Israel mula mengepam gas asli ke Mesir buat pertama kalinya awal bulan ini, kesepakatan selama 15 tahun untuk mencairkannya dan mengeksport semula ke Eropah.

Kumpulan Islamic State minggu lalu menggalakkan pejuangnya untuk melancarkan “fasa baru” dan berikrar untuk melancarkan operasi utama terhadap Israel.

Kementerian Petroleum Mesir tidak bertindak balas terhadap permintaan untuk memberi komen.

Satu daripada dua ladang luar pesisir dikendalikan oleh firma Israel dan Amerika Syarikat, Leviathan dianggarkan memegang 535 bilion meter padu gas asli, bersama 34.1 juta tong kondensat.

Mesir sebelum ini mengeksport gas ke Israel tetapi seksyen darat saluran paip eksport disasarkan beberapa kali oleh militan Sinai pada 2011 dan 2012.

Ia berharap perjanjian yang ditandatangani baru-baru ini akan meletakkannya menjadi hab gas serantau.

Negara ini selama bertahun-tahun telah memerangi pemberontakan di Sinai Utara yang meningkat selepas pemergian Mohamed Morsi pada 2013 yang mencetuskan bantahan besar-besaran.

Pada Februari 2018, tentera dan polis melancarkan operasi seluruh negara terhadap militan dengan memberi tumpuan kepada Sinai Utara.

Sumber: Berita Harian