2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

JALINAN KERJASAMA ANTARA SM DENGAN HMS MUSLIM FOOD INDUSTRIES MEMBANTU MEMARTABATKAN UMMAH

Kelantan, 3 Feb – Serantau Muslim (SM) bersama salah sebuah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan, HMS Muslim Food Industries pada 30 Jan lalu telah menandatangi satu perjanjian bagi membina jalinan kerjasama. Secara tidak langsung, kerjasama ini akan membawa kebaikan kepada masyarakat yang memerlukan.

Sesi tandatangan yang dihadiri oleh beberapa orang wakil SM iaitu Siti Zulaikha Aiyub, Penolong Pengurus Besar; Mohd Azrul Afendy, Pengurus Dana dan Fazidatul A’in Ramli, Pegawai Jualan.

Majlis yang bertempat di Jalan Tok Merah, Kota Bharu, Kelantan itu dihadiri sendiri oleh pengasas IKS tersebut. HMS Muslim Food Industries yang diasaskan oleh Puan Halmahera Salleh adalah pengeluar 100% produk muslim. Antara produk yang dikeluarkan syarikat beliau ialah sos pencicah, sos cili manis, sos tomato, kicap lemak manis, sambal kicap king, sos tiram dan cuka makanan.

Kerjasama yang dipersetujui adalah sebahagian daripada jualan akan disalurkan kepada dana Serantau Muslim untuk aktiviti kemanusiaan. Selain dari itu, logo Serantau Muslim akan digunakan pada produk jualan HMS Muslim Food Industries sebagai tanda kerjasama dan memberi tahu pada pelanggan akan kerjasama bersejarah ini.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk HMS Muslim Food Industries, boleh layari laman sosial FB: Mahera Food, IG: MaheraS atau di talian 016-293 2607.

Menurut Puan Halmahera dalam sesi tandatangan perjanjian berkenaan, beliau mengingatkan semua bahawa agar tidak menunggu kaya untuk bersedekah. “Jika nak tunggu kaya, sampai bila kita takkan sedekah”.

Justeru, SM menyeru semua bersama-sama membantu IKS tempatan ini untuk menyumbangkan sekali gus membantu mereka yang memerlukan menerusi aktiviti kemanusiaan yang dijalankan SM.

Dalam masa yang sama, wakil Serantau Muslim, Encik Azrul Afendy menyifatkan usaha ini adalah satu langkah baik dan berharap IKS lain dapat turut serta bersama Serantau Muslim untuk menyumbang memartabatkan kebajikan ummah di masa akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana ingin menjalankan kerjasama bersama Serantau Muslim boleh menelefon hotline Serantau Muslim di talian 03-8408 1789.

#peaceforarakan
#sendmelove
#serantaumuslim