2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-12-18 at 9.58.06 AM (1)
Uncategorized

Konvoi bantuan kemanusiaan mula memasuki Gaza

Konvoi bantuan kemanusiaan mula melintasi sempadan Kerem Shalom, Israel untuk ke Gaza semalam, sekali gus menjadi kumpulan pertama sejak Tel Aviv meluluskannya.

Pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir yang enggan dikenali berkata, konvoi berkenaan membabitkan 79 trak yang akan memasuki Gaza.

Agensi Kementerian Pertahanan Israel, COGAT berkata, trak bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menjalani pemeriksaan keselamatan dan dipindahkan terus ke Gaza melalui Kerem Shalom, mulai Selasa.

Jumaat lalu, Israel memberi keluluskan ‘sementara’ bagi penghantaran bantuan yang sangat diperlukan ke Gaza melalui lintasan Kerem Shalom.

Baru-baru ini, Kerem Shalom memeriksa penghantaran bantuan ke wilayah itu, tetapi trak berkenaan masih perlu ke Rafah untuk masuk ke Gaza.

Sebanyak 60 peratus barangan yang masuk ke Palestin akan dihantar melalui Kerem Shalom, sebelum 7 Oktober lalu.

Semenanjung Gaza berdepan situasi kemanusiaan yang teruk selepas peperangan berlarutan lebih dua bulan dengan bantuan hanya dibenarkan masuk melalui sempadan Rafah dengan Mesir.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Gaza, serangan Israel setakat in, membunuh kira-kira 18,800 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

PBB menganggarkan seramai 1.9 juta orang hilang tempat tinggal, manakala kumpulan bantuan bimbang wilayah itu tidak lama lagi akan ditimpa kebuluran dan penyakit.