2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-12-18 at 10.00.15 AM
Uncategorized

Gadis Palestin maut dalam serangan Israel di wad bersalin

Seorang gadis Palestin terbunuh sementara tiga lagi cedera selepas tembakan Israel menyasarkan wad bersalin Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis, pada Ahad.

Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra yang dipetik dari Sinar Harian menyatakan bahawa peluru meriam itu menembusi dinding wad berkenaan tetapi tidak meletup.

“Sekiranya peluru itu meletup di dalam bangunan, ia akan menyebabkan pembunuhan beramai-ramai yang besar dan mengerikan, katanya .

Mangsa yang maut, Donia Abu Mohsen, sebelum ini cedera selepas tentera zionis itu menyerang kediamannya.

Akibat serangan pertama Donia mengalami kecederaan parah sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong.

Dalam serangan terbaharu di wad bersalin itu pula, Donia sedang menerima rawatan di hospital akibat cederaan sebelum ini.

Bapa Donia beserta ibu, dan dua saudara lelakinya terbunuh dalam serangan pertama.

Sedutan rakaman video yang dikongsi dalam talian menunjukkan sejurus selepas Israel melepaskan tembakan, kaum wanita dan kanak-kanak menjerit.