2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

Kenyataan Media 20 April 2018

Kenyataan Media SERANTAU MUSLIM
20 April 2018
Susulan Serangan Kimia di Syria: Anggota PBB Kene Serang Di Dhouma

SABOTAJ TERHADAP MISI PBB DAN OPCW?

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) melihat isu serangan senjata kimia di Syria agak sukar untuk disiasat seperti yang digesa PBB dan Liga Arab sebelum ini berikutan halangan terhadap misi pasukan keselamatan Pertubuhan Badan-badan bersatu (PBB) dan Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) untuk mencari bukti di kawasan tersebut.

Adakah serangan ini sebagai tanda kekecewaan penduduk Syria kerana PBB dan OPCW lambat mengambil tindakan serius dalam isu ini atau ada pihak luar yang lain tidak ingin ‘bekas tangan’ mereka dikesan dan diambil tindakan?

Laporan media menyatakan pasukan keselamatan PBB yang hadir untuk memantau kawasan serangan kimia di Dhouma terkejut apabila mereka diserang dengan tembakan. Ia berlaku menjelang kunjungan kumpulan pakar dari OPCW yang mahu menyiasat dan mencari dalang serangan kimia dua minggu lalu. Situasi ini telah memaksa kumpulan pasukan tersebut menangguhkan tugasan dan menunggu keadaan lebih selamat sebelum memulakan misi mereka.

Dalam kenyataan lain, SERANTAU MUSLIM melihat isu ini sengaja diadakan demi merealisasikan agenda tersendiri. Menurut kenyataan tersebut, serangan gas sarin hanya diadakan pihak tidak bertanggungjawab. Dalam pada itu, Russia akan menayangkan rakaman video temuramah dengan kanak-kanak Syria yang menjadi pelakon serangan diberi kurma, kek dan beras kepada PBB yang didakwanya hanya berlakon sebagai mangsa serangan kimia di Syria.

Pada masa yang sama, Moscow yakin dengan rakaman video tersebut telah menyokong dakwaannya terhadap serangan kimia di bandar Dhouma, Ghouta adalah palsu.

Jika kata-kata kanak-kanak yang diupah bekalan makanan ini benar, SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa jijik dengan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Trump sebelum ini yang memaklumkan bahawa serangan bersepadu yang dilancarkan sebelum ini bertujuan mencegah penggunaan senjata kimia oleh pemerintah Syria walhal mereka sendiri yang inginkan serangan tersebut berlaku.

SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa kesal dengan tindakan kuasa dunia yang telah mencetuskan serangan ini demi kepentingan sendiri. SERANTAU MUSLIM melihat serangan bersepadu Amerika, Britain dan Perancis terhadap Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sains dan beberapa sasaran di Syria minggu lalu merupakan mainan tersirat pihak tersebut.

SERANTAU MUSLIM melihat AS dan sekutunya sengaja mencetuskan keadaan ini agar mendapat perhatian dunia yang kononnya untuk membantu krisis di Syria malah sebaliknya.

SERANTAU MUSLIM ingin menegaskan bahawa kuasa dunia tidak wajar mencetuskan peperangan dan serangan di mana-mana khususnya di Syria kerana berbaki kurang dari 30 hari umat Islam akan meraikan bulan Ramadhan yang mulia. Diharap mereka dapat merasa erti ‘merdeka’ dalam bulan yang mulia ini.

SERANTAU MUSLIM sekali lagi menyeru PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dapat melakukan rundingan sebaik mungkin bagi mengelakkan lebih ramai rakyat Syria terkorban.

Diharap juga semua muslimin dan muslimat dapat terus berdoa untuk kebaikan rakyat Syria kerana kita berpegang pada slogan “Persaudaraan Rentas Sempadan”.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM