2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

COVID-19: ZIONIS SENGAJA ABAI TAHANAN PALESTIN

RAMALLAH – Langkah Israel untuk tidak memberikan vaksin Covid-19 kepada tahanan Palestin dianggap sebagai rasis dan membelakangi undang-undang antarabangsa, kata kumpulan pro-Palestin pada Sabtu.

Menurut kenyataan bersama Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), tindakan rejim Zionis itu menyebabkan ratusan tahanan yang ditahan secara paksa di penjara Israel berdepan maut.

“Kenyataan oleh Menteri Keselamatan Awam, Amir Ohana bukan sahaja rasis tetapi juga ia sebagai tindakan jenayah yang bertujuan menghapuskan orang Palestin secara sistematik.

“Ini juga tindakan yang melanggar hak asasi tahanan wanita dan lelaki Palestin,” kata penasihat media PLO, Hassan Abd Rabbo.

Terdahulu, PSS memaklumkan seramai 188 tahanan Palestin telah disahkah positif Covid-19 semasa dalam tahanan Israel.

Ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 4,400 tahanan Palestin di penjara Israel termasuk 41 wanita dan 170 kanak-kanak.

Pada Disember lalu, Israel melancarkan program vaksinasi besar-besaran untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat namun mengecualikan kira-kira 2.5 juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah tersebut.

Sumber: Sinar Harian