2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA PESAWAT SRIWIJAYA AIR

Serantau Muslim mengucapkan salam takziah kepada semua keluarga mangsa pewasat Sriwijaya Air yang terhempas pada Sabtu lalu kira-kira jam 2.40 petang.

Serantau Muslim difahamkan kini terdapat anggota badan manusia dan serpihan bangkai pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan berhampiran.

Pesawat Boeing 737-500 dikatakan terhempas ke laut, kira-kira empat minit selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dan insiden ini begitu mengharukan kerana masih terdapat mayat yang tidak dijumpai.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pada 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Serantau Muslim berharap keluarga mangsa berada dalam keadaan yang baik dan tabah memerima berita pemergiaan orang yang tersayang.

#Sedekah?SerantauMuslim