2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

BEDILAN ROKET BERHAMPIRAN KEDUTAAN AS DI BAGHDAD

BAGHDAD – Bedilan serangan roket berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baghdad, sekali gus menjadikan ia pertama kali disasarkan ke zon keselamatan tinggi dalam tempoh beberapa minggu, menurut sumber.

Letupan itu boleh didengar merentasi ibu kota Iraq dan mencetuskan siren keselamatan di Kedutaan AS, namun ia tidak mengakibatkan kematian, sumber itu mengesahkan.

Bagaimanapun, tiada pihak tampil bertanggungjawab mencetuskan insiden berkenaan.

Ia disusuli lebih dua dozen serangan sama ke atas kepentingan AS di Iraq sejak Oktober lalu, ketika negara Uncle Sam itu menuduh puak yang disokong Iran dalam kalangan pasukan keselamatan negara teluk itu.

Serangan roket yang mana membunuh anggota bersenjata AS, British dan Iraq memiliki hubungan tegang antara Baghdad dengan Washington.

Ketegangan kian memuncak pada Januari lalu apabila AS membunuh General Iran, Qasem Soleimani dan komander Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis dalam serangan dron di Baghdad.

Tetapi, AS dan Iraq berharap untuk menetap semula hubungan sejak Perdana Menteri, Mustafa al-Kadhemi menerajui negara awal bulan ini, di samping perbincangan bilateral yang dirancang pada Jun nanti.

Rundingan dijangka bakal membuahkan rangka kerja untuk kehadiran tentera AS ke Iraq pada 2014 bagi menerajui gabungan melawan kembali kumpulan militan IS.

Bagaimanapun, kehadiran tentera berkenaan di sisi Iran dan sekutunya di Iraq yang kelihatan tempang mengakibatkan mereka berkeras untuk meninggalkan negara itu.

Pada Ahad lalu, pemimpin tertinggi IRan, Ayatollah Ali Khamenei, berkata AS tidak akan berada sama ada Iraq atau Syria serta mesti keluar atau pasti akan diusir.

Gabungan yang dipimpin AS menurunkan kekuatannya yang berjumlah 7,500 orang di Iraq pada tahun ini dengan alasan kurang ancaman daripada militan IS di samping kesukaran melatih tentera Iraq berikutan penularan COVID-19.

Sumber: Berita Harian