2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

7 MAUT DALAM SERANGAN KE ATAS MASJID

KABUL – Sekurang-kurangnya tujuh maut apabila sekumpulan penyerang bersenjata melepaskan tembakan ke arah jemaah solat di sebuah masjid di utara Kabul, semalam, kata ketua polis tempatan.

Ketua polis wilayah Parwan, Haroon Mubarez, berkata penyerang berkenaan meninggalkan lokasi, sejurus selepas insiden di perkampungan Khelalzai itu.

Menurut beliau, penyerang terbabit menyerbu masjid ketika jemaah sedang menunaikan solat.

“Tujuh orang maut dan 12 lagi cedera, manakala penyerang melarikan diri,” katanya.

Tidak dapat dipastikan jumlah kesemua penyerang itu.

Kementerian dalam negeri mengesahkan insiden terbabit, namun memberikan jumlah kematian yang lebih tinggi iaitu lapan orang.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, lapan tentera Afghanistan terbunuh ketika melawan serangan puak Taliban ke atas Kunduz, bandar strategik di utara negara.

Serangan itu berlaku ketika keganasan semakin memuncak di negara berkenaan, selepas Taliban menandatangani perjanjian bersama Washington pada Februari, yang menyaksikan Amerika Syarikat (AS) bersetuju membawa keluar tentera mereka, sebagai tukaran kepada jaminan keselamatan daripada militan itu.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menyalahkan Taliban dan pasukan keselamatan Afghanistan sebagai punca peningkatan keganasan, yang meragut banyak nyawa orang awam.

Sumber: Berita Harian