2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

TAJABERBUKA 2020: PELARIAN SYRIA DIJAMU DENGAN JUADAH IFTAR ANJURAN SERANTAU MUSLIM

19 Mei – Serantau Muslim teruskan tajaan iftar untuk pelarian Syria di Bekaa, Barelaise, Lebanon.

Tajaan berbuka tersebut telah dimanfaatkan oleh 320 buah keluarga. Alhamdulillah.

Projek tajaberbuka.com di Syria yang dijalankan sejak awal Ramadhan lalu akan berakhir tidak lama lagi.

Dalam projek tajaberbuka ini, juadah yang enak telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sana. Makanan yang siap dimasak tersebut dipek dengan baik sebelum diagihkan kepada mereka.

Terkini, antara kem pelarian yang menerima bantuan ini ialah Kem Al-Jasem sebanyak 74 buah keluarga, Kem Al Awdaa sebanyak 20 buah keluarga, Kem Al yasmin 220 buah keluarga dan 6 pek untuk keluarga pelarian Syria yang miskin di Barelaise.

Semoga dengan projek tajaberbuka.com anjuran Serantau Muslim ini dapat meringankan beban mereka yang mengalami kesulitan hidup di sana.

Layari tajaberbuka.com untuk dapatkan lebih maklumat tentang sumbangan.