2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-03-22 at 7.39.11 PM
Uncategorized

Agihan pek makanan kepada 100 orang penduduk di Sabah

Serantau Muslim melahirkan rasa syukur kerana telah berjaya menyantuni masyarakat di sekitar Masjid Nur taqwa, Kg. Terasing Batu 17 Apas Balung pada minggu lalu.

Serantau Muslim yang diwakili Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Ustaz Shamsul Anwar Mohd Busra, Puan Nur Fatyhah Sulaiman bersama-sama kakitangan Iskandar Hamdan, Nur Adilah Muhamad Nazri dan Nurul Adrina telah berjaya dalam menyempurnakan agihan tersebut.

Encik Mohd Izdham selaku wakil RTM turut bersama-sama Serantau Muslim pada misi Tajaberbuka.com di Sabah kali ini.

Dalam majlis berkenaan, sebanyak 100 bungkus pek makanan telah diserahkan kepada yang memerlukan.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Adun Balung (Datuk Hamild @ Hamid Hj. Awang) dan YB ahli Parlimen Tawau (Tuan Lo Su Fui).

Terima kasih diucapkan kepada semua dan diharapkan segala sumbangan yang diagihkan dapat dimanfaatkan sebaiknya.