2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-03-22 at 11.40.19 AM
Uncategorized

Serantau Muslim adakan kunjungan hormat dan santuni masyarakat muslim di Laos di bulan mulia

Serantau Muslim telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Kedutaan Besar Malaysia, Vientiane baru-baru ini yang diwakili sendiri Pengerusi Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Haji Mohd Nor bersama-sama pengurus dan pegawai iaitu Nor Syahirah, Nurfarahin dan Mohd Haziq Syazwan.

Pertemuan tersebut telah dihadiri Tuan Edi Irwan, Duta Besar Malaysia ke Vientiane.

Perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dua mata tersebut adalah untuk membincangkan idea-idea kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama dengan NGO tempatan khususnya untuk masyarakat muslim di Laos.

Dalam masa yang sama, agihan pek makanan sempena program Tajaberbuka.com turut dilaksanakan di Masjid Azhar dan telah disampaikan oleh Tuan Edi Irwan, Duta Besar Malaysia, Vientiane dan Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim.

Sebanyak 100 pek makanan yang mengandungi beras, garam, sardin, kordial, garam, kicap dan keperluan lain telah diagihkan kepada 100 buah keluarga di Vientiane.

Disamping itu, turut diadakan majlis berbuka puasa di sana yang mana telah dijalankan di Masjid Azhar, Vientiane, Laos bersama komuniti muslim di sana.

Juadah berbuka puasa telah disediakan oleh jawatankuasa masjid yang diketuai oleh Imam Vienna.