2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
magzi_1703465746
Uncategorized @ms

70 rakyat Palestin terbunuh serangan udara Israel

Sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin di kem pelarian Maghazi di Gaza, terkorban dalam serangan udara Israel kelmarin.

Menurut Berita Harian, jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qidra, berkata jumlah korban bagaimanapun dikhuatiri meningkat susulan serangan itu.

“Berlaku pembunuhan beramai-ramai di di kem Maghazi, iaitu di sebuah penempatan yang sesak,” katanya.

Pada masa sama, pejuang Hamas, yang mengendalikan Gaza, turut menyifatkan serangan udara itu sebagai pembunuhan beramai-ramai mengerikan.

Hamas melalui kenyataannya berkata, serangan itu adalah suatu jenayah perang baharu.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel melalui kenyataannya berkata, pihaknya sedang mengkaji berhubung serangan terbabit.

“Walaupun menghadapi cabaran daripada Hamas yang beroperasi di kawasan awam di Gaza, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) komited kepada undang-undang antarabangsa.

“Ia termasuk mengambil langkah yang boleh dilaksanakan untuk meminimumkan bahaya kepada orang awam,” katanya.