2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
2470206
Uncategorized @ms

Penduduk Gaza terpaksa berpindah-randah, namun tiada lokasi yang selamat dari rejim Zionis

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sekali lagi mengarahkan pemindahan di bandar utama di selatan Genting Gaza ketika hujan peluru masih bertubi-tubi di kawasan bersempadan Mesir itu.

Sinar Harian di dalam laporannya menyatakan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memaklumkan arahan itu dikeluarkan pada Rabu dan melibatkan kawasan yang menjadi tempat berlindung lebih 140,000 penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal sejak perang ganas itu bermula.

“IDF turut mengeluarkan peta memaparkan kawasan baharu meliputi kira-kira 20 peratus bandar Khan Yunis yang ditanda untuk pemindahan,” jelasnya.

Difahamkan, kawasan itu menempatkan kira-kira 32 tempat berlindung sementara majoriti penduduk dari utara Gaza.

IDF mendakwa arahan baharu itu dikeluarkan selepas operasi dari pelbagai arah akan menyasarkan pusat kawalan dan perintah Hamas di Khan Yunis.