2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

TAUFAN GANAS BADAI INDIA, BANGLADESH

KHULNA (BANGLADESH) – Taufan paling ganas di Teluk Benggala pada abad ini mula membadai jutaan penduduk di timur India dan Bangladesh hari ini, dengan ramalan angin kencang dan ribut.

Pihak berkuasa dilaporkan sedang bertungkus lumus membawa penduduk berpindah keluar dari laluan Amphan, yang disifatkan taufan kedua terburuk pernah wujud di Lautan Hindi.

Usaha itu bagaimanapun disukarkan oleh beberapa larangan yang dilaksanakan pemerintah, bagi membendung penularan pandemik COVID-19, dengan jumlah jangkitan semakin meningkat di kedua-dua negara.

Sistem cuaca yang kelihatan dari ruang angkasa mengesan angin dengan kelajuan sehingga 240 kilometer sejam (kmj), menyamai taufan kategori empat.

Kekuatan angin dijangka berkurangan sebelum melintasi perairan Benggala Barat di timur India dan negara jiran Bangladesh, selepas jam 9 pagi waktu tempatan.

Ketua pejabat kaji cuaca India, Mrutyunjay Mohapatra, berkata ribut itu bagaimanapun cukup kuat untuk mendatangkan kerosakan pada skala besar.

Selain hujan lebat, ribut berkenaan juga diramal meningkatkan paras air laut setinggi beberapa meter.

Peningkatan paras air laut ini boleh menyebabkan limpahan air sejauh beberapa kilometer dan sering mendatangkan kematian dalam jumlah yang besar.

Sumber: Berita Harian