2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

313 PENDUDUK PALESTIN DIBUNUH ZIONIS SEPANJANG 2021

TEL AVIV: Sekurang-kurangnya 313 penduduk Palestin terbunuh akibat diserang tentera Zionis di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sepanjang tahun lalu.

Data itu dikeluarkan oleh organisasi hak asasi manusia B’Tselem yang diterbitkan semalam.

Menurut laporan tersebut, sebanyak 236 penduduk Palestin maut di Gaza akibat konflik melibatkan Hamas dan Israel pada pertengahan 2021.

Selain itu, 77 penduduk Palestin terkorban di Tebing Barat akibat terkena peluru yang dilepaskan pasukan keselamatan Zionis.

B’Tselem juga mendedahkan, 14 Mei 2021 menjadi ‘hari paling berdarah’ di Tebing Barat sejak 2002 apabila seramai 13 penduduk Palestin terbunuh.

Selain dibunuh, penduduk Palestin juga berdepan dengan 336 insiden kekerasan oleh rejim Zionis sepanjang tahun lalu.

Jumlah itu meningkat berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak 251 kes kekerasan terhadap penduduk Palestin.

Sumber: UM