2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

BINTANG HARRY POTTER SUARAKAN SOLIDARITI BERSAMA RAKYAT PALESTIN

WASHINGTON: Pelakon kelahiran Britain, Emma Watson menyuarakan solidariti bersama kumpulan aktivis pro-Palestin menerusi media sosialnya.

Aktres yang terkenal dengan watak ‘Hermione Granger’ dalam siri filem Harry Potter itu menerusi akaun Instagram memuat naik gambar yang menyokong Palestin.

Pelakon wanita itu turut menyelitkan petikan daripada seorang sarjana Britain-Australia, Sara Ahmad yang berbunyi ‘Solidariti tidak bermaksud perjuangan kita adalah perjuangan yang sama, atau kesakitan yang dirasai adalah yang sama atau harapan kita adalah demi masa depan yang sama’.

‘Perpaduan melibatkan komitmen dan usaha, serta pengiktirafan walaupun kita tidak mempunyai perasaan yang sama atau kehidupan yang sama, atau tubuh yang sama tetapi kita hidup di tempat yang sama’.

Hantaran itu mendapat pujian serta sokongan meluas daripada pengguna Instagram yang menyokong Palestin dengan ada dalam kalangan mereka mengucapkan terima kasih kepada Watson.

Namun, Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan mengkritik hantaran itu dengan membidas kenyataan aktres itu.

“Fiksyen mungkin berlaku dalam Harry Potter, tetapi tidak berguna dalam dunia sebenar,” tulis Erdan dalam Twitternya.

Ciapan itu turut disokong bekas duta Israel, Danny Danon yang menuduh Watson sebagai anti Yahudi. 

Sumber: UM