2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-12 at 11.56.09 AM
Uncategorized @ms

Serangan Israel bunuh orang awam di selatan Lubnan

Serangan meriam Israel membunuh orang awam di sebuah bandar sempadan di selatan Lubnan pada Rabu ketika ketegangan memuncak di tengah-tengah perang Gaza.

Meninjau laporan Berita Harian yang dipetik dari AFP, Datuk Bandar Kfarkila, Hasan Sheyyet, berkata seorang penduduk terbunuh ketika serangan artileri tentera Israel ketika mangsa berada di halaman rumahnya.

Agensi Berita Nasional rasmi mengenal pasti lelaki yang terbunuh itu dikenali Hasan Ali Tawil dan mangsa terkorban apabila peluru meriam Israel jatuh berhampiran rumahnya di Kfarkila.

Sejak meletusnya perang antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober, sempadan Lubnan-Israel menyaksikan pertempuran hampir setiap hari antara tentera Israel dan gerakan Syiah Lubnan, Hizbullah, sekutu Hamas.

Hizbullah meratapi kematian salah seorang pejuangnya pada pagi Rabu selepas serangan Israel menyasarkan rumahnya di bandar Kfarshuba pada waktu subuh.

Setakat ini, seramai 188 orang terbunuh di Lubnan, termasuk 141 anggota Hizbullah dan lebih 20 orang awam, antaranya tiga wartawan, menurut pengiraan oleh AFP.

Tentera Israel berkata, 14 rakyat Israel turut terbunuh, termasuk sembilan tentera.

Pembunuhan timbalan ketua Hamas, Saleh al-Aruri, bersama enam rakannya dalam serangan udara di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut pada 2 Januari, dan pembunuhan komander medan tertinggi Wissam Tawil pada Isnin, kedua-duanya dipersalahkan oleh Hizbullah terhadap Israel, menimbulkan kebimbangan konflik yang lebih luas.