2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-11-24 at 11.55.47 AM
Info Semasa

1,137 mangsa banjir masih huni PPS di Terengganu

Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 1,137 orang setakat 8 pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa banjir daripada 309 keluarga ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi di empat daerah.

Memetik laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun pula, mereka menutup semua PPS lewat petang semalam selepas banjir surut.

Mangsa banjir teramai di empat PPS di Kuala Terengganu iaitu 482 orang (133 keluarga), diikuti Kuala Nerus yang jumlah mangsa banjirnya berkurangan kepada 432 orang (114 keluarga) yang ditempatkan di lapan PPS.

Marang mempunyai 177 mangsa (48 keluarga) yang menghuni empat PPS, sementara satu PPS dibuka di Besut untuk menempatkan 55 mangsa daripada 14 keluarga.