2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-03-25 at 2.01.22 PM
Uncategorized @ms

Disebalik peperangan yang tidak terhenti, madrasah ini mengajar erti cinta dan kedamaian

Kami sangat tertarik dengan semangat Madrasah Al-Dhiya’ Al-Quran untuk melahirkan generasi Al-Quran yang akan membangkitkan kembali bumi anbiya’ itu.

Di sebalik peperangan yang tidak terhenti bertahun-tahun, madrasah ini mengambil semangat positif untuk menanam sifat cinta dan kedamaian melalui pembelajaran Al-Quran.

Sekolah ini mempunyai pelajar lelaki dan perempuan, ia bukan sekadar fokus kepada pembelajaran Al-Quran semata-semata, tetapi turut mengambil perhatian terhadap pembelajaran arus perdana serta kemahiran.

Tim Misi Peduli Yaman berkesempatan melawat ke madrasah itu, kami mengadakan perbincangan dengan pentadbir sekolah itu. Mereka memberi taklimat terhadap perkembangan semasa dan perancangan jangka masa panjang.

Semoga Allah merahmati usaha murni mereka, jom sama-sama kita bangkitkan Yaman melalui Al-Quran.

.

Laporan khas Misi Peduli Yaman πŸ‡ΎπŸ‡ͺ