WhatsApp Image 2023-07-14 at 11.44.32 AM
Info Semasa

Yaman umpama ‘neraka’ kepada kanak-kanak, kata PBB

Kanak-kanak di Yaman seolah-olah hidup dalam ‘neraka’ dengan ribuan meninggal dunia setiap tahun kerana kekurangan zat makanan dan mudah dijangkiti penyakit yang boleh dielakkan, kata pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut UNICEF, 1.8 juta kanak-kanak Yaman di bawah usia lima tahun menderita kekurangan zat makanan serius, dan nyawa 400,000 lagi kanak-kanak yang teruk terjejas berisiko tinggi.

“Yaman hari ini adalah neraka, bukan bagi 50 hingga 60 peratus kanak-kanak, ia adalah neraka bagi setiap kanak-kanak lelaki dan perempuan di Yaman,” katanya kepada sidang akhbar di ibu negara Jordan kata Pengarah serantau bagi Asia Barat dan Afrika Utara UNICEF, Geert Cappelaere seperti dilaporkan Berita Harian.

Cappelaere berkata, 30,000 kanak-kanak mati akibat kekurangan zat setiap tahun di Yaman, manakala seorang meninggal dunia setiap 10 minit kerana penyakit yang dapat dielakkan.

Beliau berkata, perangkaan itu “sebagai peringatan kepada semua pihak untuk menyedari betapa teruk keadaan di negara itu”.

Situasi ini menuntut kepada bantuan dan perhatian seluruh dunia khususnya kita sebagai umat Islam.

Apa yang berlaku kepada mereka adalah tanggungjawab yang Allah berikan pada kita, kita tidak boleh biarkan mereka menghadapi keseorangan diri.