2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

WARGA PALESTIN DIBUNUH ASKAR ISRA3L

RAMALLAH: Seorang warga Palestin dibunuh tentera Israel ketika pertempuran di Tebing Barat semalam, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, mangsa mengalami luka tembakan di kepala ketika bertempur dengan tentera Israel di perkampungan utara Beita dan maut akibat kecederaannya, di sebuah hospital di Nablus.

Beita ialah tempat demonstrasi tetap menentang perluasan penempatan Yahudi, dengan penduduk berdemonstrasi sejak Mei lalu, menentang pos penempatan Eviatar didirikan berdekatan tanpa kebenaran Israel.

Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, pihaknya “maklum” mengenai laporan kematian seorang warga Palestin, selain menegaskan “rusuhan ganas dicetuskan di kawasan pos Givat Eviatar, selatan Nablus.”

“Ketika rusuhan, ratusan rakyat Palestin membaling tayar dan batu terbakar ke arah tentera Israel dan tentera Polis Sempadan Israel yang bertindak balas menyuraikan rusuhan bagi memulihkan keadaan,” katanya.

Tidak termasuk timur Baitulmaqdis, kira-kira 475,000 peneroka Israel tinggal dalam komuniti berkubu di Tebing Barat, menempatkan lebih 2.8 juta penduduk Palestin.

Sumber: BH